Wednesday 6 April 2016

CARA MENGATASI ANAK YANG MALAS KE SEKOLAH

 
 
Biasalah, bab nak pujuk anak pergi sekolah bukan senang. Tambah pula anak yang sulung dan kali pertama kena tinggal (masuk pra sekolah atau darjah satu), selalunya mak-mak ada di sisi tapi tetiba nak minta apa-apa orang yang dia percaya tak ada depan mata. Haruslah semangat dan emosi tak stabil.
 
 
 
Tak boleh nak manjakan sangat, ibu ayah kena usahakan anak minat masuk sekolah. Apa kata anda pujuk anak dengan beberapa langkah ini...
 
 
1. Seelok-eloknya sebelum sekolah bermula, anak sudah didedahkan dengan cerita mengenai sekolah baru supaya emosinya lebih bersedia. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti ada ramai kawan,“guru yang baik, ada taman permainan dan sebagainya.
 
 
2. Ibu ayah kena cekal apabila menghantar dan meninggalkan anak buat pertama kali kerana emosi anda banyak mempengaruhi emosi anak.
 
 
3. Elakkan daripada menunggu anak dalam kelas terlalu lama. Perkara ini akan menyukarkan proses penyesuaian. Tinggalkan saja anak sebaik menghantarnya ke tadika walaupun dia menangis. Usah bimbang kerana biasanya anak akan diam selepas ibu atau bapa pulang. Apabila ditinggalkan, insya-Allah dia akan mula bergaul dengan kawan lain.
 
 
4. Tolonglah jangan ambil lambat setiap kali anak pulang dari tadika atau sekolah terutamanya pada minggu pertama. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat kawan sudah pulang.
 
 
5. Haaa... ini memang kena buat kalau awal-awal. Pastikan ada hadiah untuk dia rasa seronok. Tak perlu mahal, janji ganjaran itu adalah salah satu semangat dia nak ke sekolah dan akan dapat tiap kali pulang. Jangan beli mainan pulak! Hantar anak ke tadika secara konsisten, elak daripada ponteng.
 
 
6. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.
 
 
7. Banyak berdoa untuk kesejahteraan anak. Selalu membaca surah as-Syura ayat 19 dan Ali Imran, ayat 200 untuk melembutkan hati anak dan supaya mereka senang belajar. LEbih bagus amalkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum dan Ya Latif’.
 
 
8. Ada anak yang tak suka pakaian sekolahnya sebab warna atau kain. Mungkin juga tengok pakaian yang sama dipakai anak lain. Haa... masa ini anda kena lebih pujuk dan selalu puji. Biar dia rasa dirinya sangat CANTIK!
 
 
Kalau anak terus meragam, bersabar dan memujuk mereka dengan banyak berbual, bermain dan bercerita. Ini boleh meredakan banyak masalah emosi anak.
 
 
Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mengambil masa yang berbeza untuk menyesuaikan diri. Jangan risau sangat, dah biasa nanti anak sendiri semangat nak pergi sekolah. Bagi anak masa dulu, ya!

Thursday 17 June 2010

MENGAJAR BAYI BERCAKAP

MENGAJAR BAYI BERCAKAP

Mengikut  kebiasaan ‘mile stone’ bahasa bayi bermula sewaktu usia tiga bulan dimana bayi membuat bunyi ‘koo’. Semasa usianya tujuh bulan ia mula menyebut mama atau dada’ tanpa mengerti apa yang disebutkannya.

Semasa berusia 10 bulan maksud ‘mama’ dan ‘dada’ mula difahami dan membawa erti keamanan dan memberi perasaan selamat kepadanya .Apabila mendengar perkataan mama dan papa diucapkan dengan nada lambat dan penuh kasih sayang akan memberi perasaan tenang kepada bayi anda.Pada usia lima belas bulan barulah papa dan mama memberi makna kepada orang yang tersayang yang menjadi idola kepada si kecil .

Penguasaan kata-kata akan bermula sejurus selepas itu .Pada 16,24,dan seterusnya 30 bulan ia mula bertutur menggunakan dua perkataan yang memberi makna.Misalnya ‘nak susu’ nak mama’ dan lain-lain.

Perkataan ‘nak’ baginya merupakan arahan yang tidak harus diingkari .Pada waktu ini menurut segala arahan dan menganggap setiap arahannya harus diikuti .Ibubapa pasti merungut melihat kelakuan anak sebegini kerana jika arahannya tidak dikuti dia mungkin menangis dan beragam kerana ia belum memahami konsep dan reasoning.

Faktor yang mempengaruhi sikapnya ialah keadaan persekitaran ,didikan dari keluarga dan juga personality bayi tersebut secara semulajadi.Bayi mempunyai sikap mendengar dan cuba memahami kemudian ia cuba menuturkan kata-kata yang didengarnya.Jangan paksa anak anda bertutur,asalkan ia mendengar dan memahami sudah mencukupi bagi menajamkan kebolehan bahasanya.

Anda boleh menguji kefahamannya dengan mengarahkan ia membuat perkara –perkara mudah seperti menghulurkan objek tertentu,menyuruh duduk atau berdiri.Mengajar anak bermain bersama-sama permainan menggunakan ayat mudah dapat meningkatkan IQ bay.

Kajian menunjukkan bayi perempuan lebih cepat menerima dan mendapat kebolehan berbahasa .Pertuturan juga lebih pantas dan lancer bagi bayi perempuan berbanding lelaki.

Bayi lelaki lebih lambat bercakap tetapi kebolehan motor mereka lebih cepat seperti memanjat ,berjalan dan berlari.Didalam rumah yang mengamal lebih satu bahasa kebolehan bercakap lebih lambat kerana bayi mengambil masa untuk menganalisis dan mengasingkan kedua bahasa tersebut.Bagi keluarga besar dimana terdapat banyak rangsangan bercakap,kebolehan bercakap pasti lebih baik dan cepat kerana terdapat rangsangan dan latihan.

Tuesday 1 June 2010

PERKHEMAHAN MINGGU BAKAT PRASEKOLAH 2010

Assalamualaikum... Berjumpa lagi kita di arena ini walaupun tidak sekerap yang lain. Pada 12 hingga 13 Mei yang lalu, Prasekolah telah mengadakan program minggu bakat. Pada tahun ini , program Minggu Bakat ini telah telah dilaksanakan bersama-sama dengan kelas Khas. Tujuan kerjasama ini adalah untuk menjimatkan kos dan masa. Antara objektif program ini ialah:
a ) Mencungkil bakat murid-murid dalam perkembangan Fizikal.
b)  Mengeratkan hubungan murid-murid prasekolah dengan murid-murid khas.
c) Menyuburkan nilai empati dan simpati di kalangan murid-murid.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah sukaneka, Program kerohanian, Pemasangan khemah dan pertandingan Khemah tercantik. Program-program yang telah dilaksanakan dapat membantu guru-guru menilai potensi murid-murid serta dapat mendedahkan murid-murid dengan aktiviti perkhemahan seperti aktiviti menyediakan minum pagi serta menghias khemah.

Program ini juga mendapat kerjasama daripada ibubapa dan penjaga murid-murid. Mereka telah bergotong royong menyediakan makanan murid selama dua hari itu. Perasmian penutup telah dilakukan oleh PPD bahagian Sekolah Rendah iaitu Tn Hj. Nazir. Jutaan terima kasih kepada para guru, pekerja serta ibu bapa yang terlibat.

Sorong Sampan
Tarik tali
Tahun depan
Buat lagi
                 Asyiknya....                              Buat sendiri. Milo/Sandwish

              Perah dik...Jangan tak perah      Ibu-ibu sedang memasak                         
                                    

                Khemah tercantik                     Adik-adik Kelas khas
                                                                gembira bergambar.
KANAK-KANAK ASET NEGARA YANG TIDAK TERNILAI,CORAKKANNYA DENGAN LUNAS-LUNAS AGAMA,BIMBINGILAH MEREKA SEBAGAIMANA SURUHAN NABI MUHAMMAD S.A.W .......