Thursday 17 June 2010

MENGAJAR BAYI BERCAKAP

MENGAJAR BAYI BERCAKAP

Mengikut  kebiasaan ‘mile stone’ bahasa bayi bermula sewaktu usia tiga bulan dimana bayi membuat bunyi ‘koo’. Semasa usianya tujuh bulan ia mula menyebut mama atau dada’ tanpa mengerti apa yang disebutkannya.

Semasa berusia 10 bulan maksud ‘mama’ dan ‘dada’ mula difahami dan membawa erti keamanan dan memberi perasaan selamat kepadanya .Apabila mendengar perkataan mama dan papa diucapkan dengan nada lambat dan penuh kasih sayang akan memberi perasaan tenang kepada bayi anda.Pada usia lima belas bulan barulah papa dan mama memberi makna kepada orang yang tersayang yang menjadi idola kepada si kecil .

Penguasaan kata-kata akan bermula sejurus selepas itu .Pada 16,24,dan seterusnya 30 bulan ia mula bertutur menggunakan dua perkataan yang memberi makna.Misalnya ‘nak susu’ nak mama’ dan lain-lain.

Perkataan ‘nak’ baginya merupakan arahan yang tidak harus diingkari .Pada waktu ini menurut segala arahan dan menganggap setiap arahannya harus diikuti .Ibubapa pasti merungut melihat kelakuan anak sebegini kerana jika arahannya tidak dikuti dia mungkin menangis dan beragam kerana ia belum memahami konsep dan reasoning.

Faktor yang mempengaruhi sikapnya ialah keadaan persekitaran ,didikan dari keluarga dan juga personality bayi tersebut secara semulajadi.Bayi mempunyai sikap mendengar dan cuba memahami kemudian ia cuba menuturkan kata-kata yang didengarnya.Jangan paksa anak anda bertutur,asalkan ia mendengar dan memahami sudah mencukupi bagi menajamkan kebolehan bahasanya.

Anda boleh menguji kefahamannya dengan mengarahkan ia membuat perkara –perkara mudah seperti menghulurkan objek tertentu,menyuruh duduk atau berdiri.Mengajar anak bermain bersama-sama permainan menggunakan ayat mudah dapat meningkatkan IQ bay.

Kajian menunjukkan bayi perempuan lebih cepat menerima dan mendapat kebolehan berbahasa .Pertuturan juga lebih pantas dan lancer bagi bayi perempuan berbanding lelaki.

Bayi lelaki lebih lambat bercakap tetapi kebolehan motor mereka lebih cepat seperti memanjat ,berjalan dan berlari.Didalam rumah yang mengamal lebih satu bahasa kebolehan bercakap lebih lambat kerana bayi mengambil masa untuk menganalisis dan mengasingkan kedua bahasa tersebut.Bagi keluarga besar dimana terdapat banyak rangsangan bercakap,kebolehan bercakap pasti lebih baik dan cepat kerana terdapat rangsangan dan latihan.

No comments:

Post a Comment

KANAK-KANAK ASET NEGARA YANG TIDAK TERNILAI,CORAKKANNYA DENGAN LUNAS-LUNAS AGAMA,BIMBINGILAH MEREKA SEBAGAIMANA SURUHAN NABI MUHAMMAD S.A.W .......