Thursday 17 June 2010

MENGAJAR BAYI BERCAKAP

MENGAJAR BAYI BERCAKAP

Mengikut  kebiasaan ‘mile stone’ bahasa bayi bermula sewaktu usia tiga bulan dimana bayi membuat bunyi ‘koo’. Semasa usianya tujuh bulan ia mula menyebut mama atau dada’ tanpa mengerti apa yang disebutkannya.

Semasa berusia 10 bulan maksud ‘mama’ dan ‘dada’ mula difahami dan membawa erti keamanan dan memberi perasaan selamat kepadanya .Apabila mendengar perkataan mama dan papa diucapkan dengan nada lambat dan penuh kasih sayang akan memberi perasaan tenang kepada bayi anda.Pada usia lima belas bulan barulah papa dan mama memberi makna kepada orang yang tersayang yang menjadi idola kepada si kecil .

Penguasaan kata-kata akan bermula sejurus selepas itu .Pada 16,24,dan seterusnya 30 bulan ia mula bertutur menggunakan dua perkataan yang memberi makna.Misalnya ‘nak susu’ nak mama’ dan lain-lain.

Perkataan ‘nak’ baginya merupakan arahan yang tidak harus diingkari .Pada waktu ini menurut segala arahan dan menganggap setiap arahannya harus diikuti .Ibubapa pasti merungut melihat kelakuan anak sebegini kerana jika arahannya tidak dikuti dia mungkin menangis dan beragam kerana ia belum memahami konsep dan reasoning.

Faktor yang mempengaruhi sikapnya ialah keadaan persekitaran ,didikan dari keluarga dan juga personality bayi tersebut secara semulajadi.Bayi mempunyai sikap mendengar dan cuba memahami kemudian ia cuba menuturkan kata-kata yang didengarnya.Jangan paksa anak anda bertutur,asalkan ia mendengar dan memahami sudah mencukupi bagi menajamkan kebolehan bahasanya.

Anda boleh menguji kefahamannya dengan mengarahkan ia membuat perkara –perkara mudah seperti menghulurkan objek tertentu,menyuruh duduk atau berdiri.Mengajar anak bermain bersama-sama permainan menggunakan ayat mudah dapat meningkatkan IQ bay.

Kajian menunjukkan bayi perempuan lebih cepat menerima dan mendapat kebolehan berbahasa .Pertuturan juga lebih pantas dan lancer bagi bayi perempuan berbanding lelaki.

Bayi lelaki lebih lambat bercakap tetapi kebolehan motor mereka lebih cepat seperti memanjat ,berjalan dan berlari.Didalam rumah yang mengamal lebih satu bahasa kebolehan bercakap lebih lambat kerana bayi mengambil masa untuk menganalisis dan mengasingkan kedua bahasa tersebut.Bagi keluarga besar dimana terdapat banyak rangsangan bercakap,kebolehan bercakap pasti lebih baik dan cepat kerana terdapat rangsangan dan latihan.

Tuesday 1 June 2010

PERKHEMAHAN MINGGU BAKAT PRASEKOLAH 2010

Assalamualaikum... Berjumpa lagi kita di arena ini walaupun tidak sekerap yang lain. Pada 12 hingga 13 Mei yang lalu, Prasekolah telah mengadakan program minggu bakat. Pada tahun ini , program Minggu Bakat ini telah telah dilaksanakan bersama-sama dengan kelas Khas. Tujuan kerjasama ini adalah untuk menjimatkan kos dan masa. Antara objektif program ini ialah:
a ) Mencungkil bakat murid-murid dalam perkembangan Fizikal.
b)  Mengeratkan hubungan murid-murid prasekolah dengan murid-murid khas.
c) Menyuburkan nilai empati dan simpati di kalangan murid-murid.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah sukaneka, Program kerohanian, Pemasangan khemah dan pertandingan Khemah tercantik. Program-program yang telah dilaksanakan dapat membantu guru-guru menilai potensi murid-murid serta dapat mendedahkan murid-murid dengan aktiviti perkhemahan seperti aktiviti menyediakan minum pagi serta menghias khemah.

Program ini juga mendapat kerjasama daripada ibubapa dan penjaga murid-murid. Mereka telah bergotong royong menyediakan makanan murid selama dua hari itu. Perasmian penutup telah dilakukan oleh PPD bahagian Sekolah Rendah iaitu Tn Hj. Nazir. Jutaan terima kasih kepada para guru, pekerja serta ibu bapa yang terlibat.

Sorong Sampan
Tarik tali
Tahun depan
Buat lagi
                 Asyiknya....                              Buat sendiri. Milo/Sandwish

              Perah dik...Jangan tak perah      Ibu-ibu sedang memasak                         
                                    

                Khemah tercantik                     Adik-adik Kelas khas
                                                                gembira bergambar.

Monday 31 May 2010

Sunday 23 May 2010

Assalamualaikum....
Terpaksa ambil masa yang lama untuk update blog ini lantaran tugas-tugas harian yang sentiasa menjengah kehidupan. Walaupun terdapat maklumat-maklumat yang ingin disampaikan tetapi masa masih tidak mengizinkan.
Pembangunan Fizikal prasekolah SKPL pada tahun ini amat membanggakan. Pihak sekolah telah berjaya mendapat kerjasama daripada Pensyarah Art & Design Uitm Machang untuk memberi khidmat baktinya dalam mereka bentuk mural bangunan prasekolah yang telah pudar wajahnya. 
Terima kasih yang tak terhingga kepada Encik Noor Ahmad Rashidi bersama dengan 2 orang pelajarnya ( Khairul dan Hisyamuddin) yang bertungkus lumus mencantikkan prasekolah kami.. Weee... Prasekolah kami comel doh tahun ni..

bezakan wajah yang lama dan yang baru.


Ini wajah baru prasekolah SKPL setelah disolek oleh Encik Noor Ahmad Noor Rashidi dan pelajar-pelajarnya.


Wah.. bangganya ...

Wednesday 28 April 2010

Taklimat Penggunaan Mesi i- Quran

Assalamualaikum..


Tahun ini merupakan tahun kedua Prasekolah di negeri Terengganu menjalankan aktiviti kelas PPQ (program Pintar Quran) untuk melancarkan perlaksanaan program ini JPN dengan kerjasama pihak Yayasan Islam Terengganu telah memperkenalkan rehal elektronik yang telah dilancarkan oleh MB Terengganu pada tahun lepas.Oleh itu pihak JPN telah mengadakan taklimat penggunaan maesin I-Quran untuk memudahkan guru prasekolah dan pada hari ini .Taklimat itu diadakan di Daerah Besut.Kaedah ini merupakan pemudah cara mwnguasai al-quran dikalangan murid prasekolah.
    Mesin i-Quran ini hanyalah sistem audio yang dilengkapi dengan chip iqra dan juzuk 1-30 serta headphone untuk memudahkan lagi guru-guru .

 
i- Quran

.Guru-guru prasekolah mencuba i-Quran
Iqra`  yang diletakkan di atas i- Quran

Tuesday 13 April 2010

PEMIKIRAN AL-GHAZALI TENTANG KANAK-KANAK

1. Hati kanak-kanak adalah bersih dan bersinar seperti mutiara dan lembut seperti tanah yg menyebabkan benih dapat disemai
٭Hati kanak-kanak adalah suci. Oleh itu terpulanglah kepada kedua ibu bapa @guru bagaimana dan cara nak corak,warna, bentuk kanak-kanak tersebut sama ada nak jadi nasrani, majusi atau yahudi.

2. Diberi pendidikan agama berlandaskan Al-Quran dan Hadis untuk membentuk peribadi yang mulia.
٭Pendidikan kanak-kanak sebenarnya bermula daripada dalam kandungan lagi. Sebab itulah digalakkan wanita yg sdg hamil membaca ayat-ayat Al-Quran terutamanya surah Maryam, yusuf dsb. Apabila anak dilahirkan ia diazan, diqamat
٭azan ada diajarkan kebesaran Allah, mengajak menunaikan solat dan mengajak menuju kejayaan.
٭Dalam buaian pun diajar bersolawat, bernasyid, berlagu nasihat cth Buai laju-laju sampai pucuk atap belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab.
- objektifnya ialah melahirkan rasa cinta terhadap kemuliaan didalam fikiran kanak-kanak.
- Juga menanamkan dihati mereka dengan keperibadian yang murni,mulia, akhlak yang baik, keperwiraan,kejujuran,keadilan,persaudaraan dan lain-lain lagi

3. Dididik sejak lahir dan diajar mengenal huruf, menulis dan membaca
-meletakkan kurikulum bagi peringkat dasar Al-Quran sebagai asas. Al-Quran merupakan sumber rujukan kepada umat Islam kemudian baru Al Hadis, Ijmak Para Ulama dan kias.
Sekarang ini macam-macam bentuk mendidik kanak-kanak dlm mengenal huruf dan membaca sprt Iqra’,Hattawiyah dan lain-lain lagi.

4. Diberi latihan jasmani untuk membina kekuatan tubuh badan, kecerdasan minda dan mengelak kemalasan dan kelesuan badan
- Al-Ghazali menyarankan supaya kanak-kanak tidak disarankan tidur pada waktu siang kerana akan menjadikannya pemalas
- Tidak seharusnya tidur di atas katil yang lembut sehingga
- Tidak seharusnya memakai pakaian yang kasar
- Tidak merungut memakan makanan yang biasa
- Mereka tidak digalakkan bermain dengan menggunakan tenaga yang kuat
- Tidak digalakkan berjalan tanpa memakai selipar atau berkasut
5 Kanak-kanak adalah amanah dari Allah kepada kedua ibubapanya.
- Sekiranya dilatih dengan perangai yang baik dia akan menjadi seorang yang baik
*Dilatih mengamalkan budi pekerti yang mulia dan tabiat-tabiat yang baik.
-hendaklah diajar dengan kebiasaan perkara yang baik cth adab makan hendaklah dilatih makan dengan tangan kanan,membaca bismillah serta memulakan dengan mengambil makanan terdekat.
- Kanak-kanak tidak didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang berunsur cinta dan lagu yang melalaikan

6. Dilatih untuk mempunyai sifat berani, merendah diri, sabar dan menghormati orang tua dan mentaati kedua mereka.
- Seseorang kanak-kanak perlulah dilatih dengan adab-adab yang baik dan kerana ianya merupakan kunci kearah kejayaan dan dihormati oleh orang ramai.

7. Diberi nasihat atas kesalahan yang dilakukan dan dimarahi sekali sekala sahaja supaya mereka lebih menghormati orang tua mereka
-Guru hendaklah melahirkan rasa simpati kepada kanak-kanak seolah-olah mereka itu adalah anaknya
- Guru tidak harus merasakan bahawa anak itu adalah bebannya
- Memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kanak-kanak
- Mengetahui kemampuan kanak-kanak memahami pelajaran
- Kanak-kanak perlulah disemaikan sikap menghormati jbu-bapa, guru-guru dan sesiapa sahaja yang lebih tua daripadanya

8. Dibimbing tentang kewajipan terhadap agama dan hukum-hukum agama islam apabila mereka sudah cerdik dan berakal.
- Antaranya ialah berkaitan dengan cara mengambil wuduk dan sembahyang, puasa, zakat dan lain-lain lagi
9. Diawasi oleh ibu bapa kerana mereka mudah dipengaruhi oleh persekitaran dan tingkahlaku masyarakat
- Fikiran kanak-kanak merupakan tabula rasa mudah terpengaruh
- Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada kawan-kawan yang nakal dan jahat.
- Kanak-kanak dilarang berasa megah atas kekayaan ibu bapa, pakaian, makanan dan sebagainya dihadapan rakan sebaya

Monday 12 April 2010

Assalamualaikum..

Lama dah dok update blog ning.. Tahun ning sibuk cikit.
Awal tahun pindah rumah baru pah tu sibuk dengan aktiviti sekolah yang padat. Hampit semput urat sendi nak menjayakan segala aktiviti yang telah dirancang. Dari Larian Kecergasan , Perarakan Maulud Nabi, Kejohanan Olah raga Tahunan dan yang terdekat Minggu Bakat yang akan diadakan hujung April ini. Insyaallah...
Disini disertakan gambar- aktiviti dari bulan Januari hingga April.

Larian Kecergasan


Start nak merempit


Persediaan Murid Perempuan nok lari...                                                                                         

Bangga walaupun dapat hadiah besen plastik sahaja                                                                                  

Perarakan Mauludul Rasul                                                                                  

 Kejohanan Olahraga Tahunan/                                                       Sukaneka                                                                                    
Larian 50 m..bakal pelari pecut sekolah                                                                                   
lenguh dah ning... bila nak penuh botol ning weh...                                                                          
Perarakan Majlis Penutup.. Tak boleh senyum dah Areesa ..panas                                                                                                         

Tahniah kepada pemenang...dapat rantai besar                                                                                        

Dah habis acara sukan, meh jenguk kenangan ambo ....

 
 
Bersama dengan Guru Prasekolah Sk Kg Keledek, K. Lipis.

Ning ketika ambo jalan-jalan di sekolah lame ambo..Menjejak kenanganlah tu...

KANAK-KANAK ASET NEGARA YANG TIDAK TERNILAI,CORAKKANNYA DENGAN LUNAS-LUNAS AGAMA,BIMBINGILAH MEREKA SEBAGAIMANA SURUHAN NABI MUHAMMAD S.A.W .......