Monday 23 November 2009

HARI GRADUASI PRASEKOLAH SKPL 2009











Majlis ini telah diadakan pada 17 November 2009. Seramai 38 orang murid prasekolah telah menerima sijil tamat prasekolah. Tahniah kepada mereka.

Friday 20 November 2009

Tahniah!!

Kepada pelajar tahun 6 Sk Padang Luas.

Kepada Guru-guru kerana berjaya mencapai target

27 orang 5A adalah satu angka yang tidak diduga.

Friday 6 November 2009

Perkembangan kanak-kanak

Kanak-kanak (juga digelarkan budak atau anak kecil) ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai baligh. Peringkat perkembangan manusia adalah sebagaimana berikut:
----tua
-------dewasa
-------------remaja
----------------kanak-kanak
--------------------------bayi
Istilah kanak-kanak adalah berbeza dengan anak meskipun mempunyai kaitan yang sangat rapat.

Perkembangan

"Perkembangan kanak-kanak" ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Sebaliknya, "pediatrik" merupakan cabang perubatan yang berkenaan dengan penjagaan kanak-kanak dari waktu pranatal sehingga remaja dan dewasa muda (umur antara 0 sehingga 21 tahun).
Istilah-istilah untuk peringkat perkembangan fizikal berkait umur adalah disenaraikan di bawah. Julat-julat umur hampiran ditunjukkan, tetapi tanggapan mengenai sempadan antara peringkat-peringkat hidup adalah berbeza-beza antara budaya dan zaman.
Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Perkembangan merujuk kepada perubahan fizikal, mental dan sosial yang dapat dijangkakan dalam kehidupan bayi. Perkembangan adalah faktor penting dalam kehidupan bayi. Proses ini tidak selalunya terus-menerus berkembang tetapi adakalanya maju ke hadapan dan ada kalanya pula menyusut perkembangan kognitif dan bahasanya.
Peringkat pembesaran

Sebagai pengaruh terbesar di dalam hidup anak, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:

a) Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti;
b) Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal;
c) Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan kognitif;

Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.
Selain itu, persediaan amat penting untuk menerima perubahan mengagumkan anak anda, dari seorang bayi kepada kanak-kanak kecil. Ini membolehkan anda membantunya mencapai kebolehan maksimumnya dalam empat bidang kepintaran pada setiap peringkat perkembangan.
Perkembangan awal fizikal tidak semestinya menunjuk kecerdikan seseorang anak kerana kematangan sistem saraf adalah berdasarkan sejarah keluarga. Penunjuk pada kecerdikan otak yang boleh dipercayai adalah senyuman awal, kepekaan, daya tumpuan dan ingatan yang baik, percakapan awal dan minat yang meningkat terhadap permainan.
Sama ada kepintaran anak lebih nyata dalam satu bidang atau adalah seorang yang serba berkebolehan, penjagaan dan pemakanan yang berkualiti, disulami dengan penerimaan dan kasih sayang tidak berbelah bagi dari ibu bapa, pasti akan membantu anak membesar menuju ke arah kecemerlangan.

Ekoran daripada pendapat Head Start Project, (iaitu suatu projek kanak-kanak yang berusaha untuk memberi rangsangan dari peringkat seawal-awalnya), menunjukkan bahawa baka bukanlah satu-satunya faktor yang boleh menentukan prestasi intelek seseorang itu kerana yang lebih penting lagi ialah pengalaman-pengalaman, kaedah-kaedah pembelajaran dan galakan yang diterimanya. Ramai para penyelidik menyatakan bahawa peringkat dua hingga tiga tahun adalah kritikal bagi perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak itu.
Jika persekitaran atau cara bimbingannya sehingga peringkat umur ini rendah mutunya dari segi stimulasi, perkembangan kognitifnya tidak akan tercapai dengan optimum. Taman asuhan dan tadika yang ditubuhkan di merata-rata tempat di dunia dan di dalam negeri ini membayangkan bagaimana pentingnya persekitaran serta didikan untuk membentuk perkembangan intelek seseorang kanak-kanak itu.

Monday 19 October 2009

PROGRAM KHATAM PINTAR AL-QURAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU







Program ini dianjurkan bersama Yayasan Islam Terengganu.



Segala Penat lelah guru dalam menyediakan murid Prasekolah pintar Al-Quran berakhir dengan jayanya.






VISI

MENYEDIAKAN MURID PRASEKOLAH YANG CELIK 2M .

Sunday 4 October 2009

PIAGAM PELANGGAN PRASEKOLAH SKPL

PIAGAM PELANGGAN PRASEKOLAH SKPL

PRASEKOLAH SKPL ADALAH KOMITED UNTUK MEMBIMBING KANAK-KANAK BERBILANG KAUM KE ARAH PEMBENTUKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS BERLANDASKAN KEPADA FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA DAN FALSAFAH PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Mendidik kanak-kanak menjadi insan yang berwawasan,
berbudaya, bertanggunggajawab, berkualiti, berakhla mulia dan berilmu

Melaksanakan penggunaan Bahasa Melayu yang betul
Serta penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua

Melaksanakan garis panduan Kurikulum Kebangsaan Prasekolah

Melaksanakan amalan permakanan seimbang di kelas Prasekolah

Mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa, menarik dan selamat

Mewujudkan semangat perpaduan yang kukuh di kalangan Ibu bapa melalui aktiviti ko-kurikulum

Menerapkan nilai-nilai murni yang diperlukan dalam kehidupan seharian

Menjadikan prasekolah SKPL sebagai pusat pemasyarakatan perpaduan

Melengkapkan kanak-kanak untuk memasuki pendidikan formal

MISI PRA SEKOLAH SKPL

MELAHIRKAN MURID PRASEKOLAH YANG SEIMBANG DARI SEGI JERIS UNTUK MERIALISASIKAN 1 MALAYSIA.

Tuesday 15 September 2009

SEJARAH PENUBUHAN PRA SEKOLAH SK.PADANG LUAS

Prasekolah Sekolah Kebangsaan Padang Luas telah ditubuhkan pada 1 Januari 2003.

Hasil kerjasama dari semua pihak sekolah dan ibu bapa kelas prasekolah ini dapat diwujudkan dengan jayanya berdasarkan syarat-syarat serta kehendak yang telah ditentukan oleh Kurikulum Kebangsaan Prasekolah.
KANAK-KANAK ASET NEGARA YANG TIDAK TERNILAI,CORAKKANNYA DENGAN LUNAS-LUNAS AGAMA,BIMBINGILAH MEREKA SEBAGAIMANA SURUHAN NABI MUHAMMAD S.A.W .......