Wednesday 6 April 2016

CARA MENGATASI ANAK YANG MALAS KE SEKOLAH

 
 
Biasalah, bab nak pujuk anak pergi sekolah bukan senang. Tambah pula anak yang sulung dan kali pertama kena tinggal (masuk pra sekolah atau darjah satu), selalunya mak-mak ada di sisi tapi tetiba nak minta apa-apa orang yang dia percaya tak ada depan mata. Haruslah semangat dan emosi tak stabil.
 
 
 
Tak boleh nak manjakan sangat, ibu ayah kena usahakan anak minat masuk sekolah. Apa kata anda pujuk anak dengan beberapa langkah ini...
 
 
1. Seelok-eloknya sebelum sekolah bermula, anak sudah didedahkan dengan cerita mengenai sekolah baru supaya emosinya lebih bersedia. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti ada ramai kawan,“guru yang baik, ada taman permainan dan sebagainya.
 
 
2. Ibu ayah kena cekal apabila menghantar dan meninggalkan anak buat pertama kali kerana emosi anda banyak mempengaruhi emosi anak.
 
 
3. Elakkan daripada menunggu anak dalam kelas terlalu lama. Perkara ini akan menyukarkan proses penyesuaian. Tinggalkan saja anak sebaik menghantarnya ke tadika walaupun dia menangis. Usah bimbang kerana biasanya anak akan diam selepas ibu atau bapa pulang. Apabila ditinggalkan, insya-Allah dia akan mula bergaul dengan kawan lain.
 
 
4. Tolonglah jangan ambil lambat setiap kali anak pulang dari tadika atau sekolah terutamanya pada minggu pertama. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat kawan sudah pulang.
 
 
5. Haaa... ini memang kena buat kalau awal-awal. Pastikan ada hadiah untuk dia rasa seronok. Tak perlu mahal, janji ganjaran itu adalah salah satu semangat dia nak ke sekolah dan akan dapat tiap kali pulang. Jangan beli mainan pulak! Hantar anak ke tadika secara konsisten, elak daripada ponteng.
 
 
6. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.
 
 
7. Banyak berdoa untuk kesejahteraan anak. Selalu membaca surah as-Syura ayat 19 dan Ali Imran, ayat 200 untuk melembutkan hati anak dan supaya mereka senang belajar. LEbih bagus amalkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum dan Ya Latif’.
 
 
8. Ada anak yang tak suka pakaian sekolahnya sebab warna atau kain. Mungkin juga tengok pakaian yang sama dipakai anak lain. Haa... masa ini anda kena lebih pujuk dan selalu puji. Biar dia rasa dirinya sangat CANTIK!
 
 
Kalau anak terus meragam, bersabar dan memujuk mereka dengan banyak berbual, bermain dan bercerita. Ini boleh meredakan banyak masalah emosi anak.
 
 
Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mengambil masa yang berbeza untuk menyesuaikan diri. Jangan risau sangat, dah biasa nanti anak sendiri semangat nak pergi sekolah. Bagi anak masa dulu, ya!

2 comments:

KANAK-KANAK ASET NEGARA YANG TIDAK TERNILAI,CORAKKANNYA DENGAN LUNAS-LUNAS AGAMA,BIMBINGILAH MEREKA SEBAGAIMANA SURUHAN NABI MUHAMMAD S.A.W .......